About

Friday 27 March 2009

Lawatan Guru-Guru Kimia Dari Jepun


Sepintar
, 27 Mac 2009: Sekumpulan guru-guru kimia seramai 7 orang dari beberapa buah sekolah di sekitar Tokyo telah membuat lawatan muhibah ke Sepintar. Dalam lawatan tersebut satu perbincangan telah diadakan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek kimia di kedua-dua buah negara. Sepintar telah diwakili oleh Pn Marlina bt Mat Napes sebagai Ketua Panitia Kimia, Pn Khairul Afdzar, Pn Norul Illyana, Pn Shajaratuddur, Cik Latifah (Guru Bahasa Jepun Sepintar) serta En Mohd Nazri Takuan (Pegawai Perhubungan Awam Sepintar).

Dalam perbincangan selama kira-kira 3 jam setengah itu, banyak isu-isu yang telah dibincangkan oleh kedua-dua belah pihak. Antaranya ialah mengenai kandungan kurikulum, kaedah pengajaran serta bahan bantu mengajar (BBM). Ternyata kedua-dua belah pihak begitu berpuas hati dengan pertemuan ini. Rombongan dari Jepun ini akan membawa balik segala dapatan dari perbincangan ini untuk dibawa pulang seterusnya disebarkan kepada seluruh warga pendidik di sekitar Tokyo.

Menurut ketua rombongan dari Jepun tersebut, program lawatan ke Sepintar merupakan destinasi yang ke 3 selepas lawatan ke Korea dan Taiwan. Mereka juga merasa agak terkejut kerana penggunaan prasarana ICT dalam P&P di Sepintar ternyata lebih maju dari sekolah-sekolah di Jepun.

Bagi pihak Sepintar, lawatan ini seolah-olah menjadi pemangkin untuk membuat lawatan balas ke Jepun. Sekiranya ia menjadi kenyataan, ia akan menjadi lawatan kali ke 2 ke Jepun selepas Program Homestay pada tahun 2006.

P/S Marlina Bt mat Napes ternyata begitu teruja hendak ke sana....

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: youremail@gmail.com

Our Team Memebers