5 April 2011, Pasukan Bola Sepak SEPINTAR Bawah 15 pada hari ini telah beraksi di kejohanan ini yang merupakan peringkat pertama di SMK Bandar Tasik Puteri. Pasukan SEPINTAR telah layak untuk ke pusingan seterusnya setelah beraksi di tiga perlawanan. Perlawanan pertama menentang pasukan tuan rumah dan SEPINTAR menang 2-0. Perlawanan kedua pasukan SEPINTAR kalah tipis di tangan SMK Seri Kundang dengan keputusan 0-1 manakala diperlawanan terakhir pasukan SEPINTAR bangkit dan berjaya mengalahkan pasukan SMK Tmn Desa 2 dengan keputusan perlawanan 5-0. Pusingan seterusnya akan berlangsung pada 11 April 2011.