5 April 2013, Majlis yang diadakan bertujuan meraikan guru serta pelajar yang melonjakkan nama SEPINTAR dengan kecemerlangan telah diadakan di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Seri Haji Mohamed Iqbal Rawther, Pengerusi & Emeritus Felo Institut Pengurusan Malaysia. Di majlis ini juga, Y.Bhg Datuk Seri telah berbesar hati memulakan 'seed money' untuk projek naik taraf Dewan Al-Aqsa untuk pemasangan penghawa dingin. Majlis tamat jam 11.30 pagi.