KEHIDUPAN ADALAH LAKSANA SEBUAH KERETAPI
Nukilan Cr Esa bin Abd Samad, M.Ed. (Guidance & Counselling), Certified SPT Practicioner
Kaunselor SBPI Rawang
IBARAT sebuah keretapi yang meluncur laju di landasan, begitulah lajunya keretapi kehidupan menelusuri setiap saat kehidupan kita yang mencengkam. Apabila anda berada di atas landasan keretapi anda boleh memilih samada mahu ke tepi ketika keretapi lalu, tunggu di stesen keretapi dan menaiki tren atau anda tunggu di atas landasan dan DILANGGAR.
Keretapi tidak menunggu sesiapa. Kehidupan juga tidak menunggu sesiapa. PMR dan SPM juga begitu. PMR, SPM adalah contoh tren-tren yang sentiasa berlalu dan datang serta pergi begitu sahaja. Adakah anda ingin memanfaatkan setiap inci peluang yang ada untuk mengutip benih-benih kecemerlangan buat di tabur di persada masa hadapan anda, atau anda biarkan sahaja peluang yang diberi itu datang dan pergi. Lebih kejam lagi, anda dilanggar keretapi kehidupan; kecundang terus dalam PMR dan SPM.
Begitu juga dengan kehidupan yang anda lalui di dunia ini. Adakah anda ingin manfaatkan setiap inci peluang kehidupan yang singkat ini demi mengutip pahala atau membiarkan diri digenang dosa dan penyesalan ke akhir hayat? Di sekolah juga serupa. Adakah anda mahu memandaatkan peluang yang ada di sekolah, khasnya SEPINTAR, antara 1-5 tahun sahaja, untuk anda mengutip benih-benih kecemerlangan, atau membiarkan diri hanyut dengan godaan rakan-rakan yang leka lalu akhirnya bergraduan setakat lulus dan habis SPM di SEPINTAR.
Farid Hayati Jasman pernah hampir kecundang
di SEPINTAR, namun bangkit kembali dan akhirnya
menjadi graduan perubatan yang cemerlang.
Mungkin anda pernah hampir tewas. Namun percayalah bahawa jatuh bukan bererti gagal melainkan kamu tidak bangkit kembali. Semoga kita bertemu di puncak kejayaan. Salam sayang dan selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin daripada Unit Kaunseling SEPINTAR