7 April 2011, Pasukan Bola Sepak SEPINTAR Bawah 18 pada hari ini telah beraksi di kejohanan ini yang merupakan peringkat pertama di SMK Bandar Tasik Puteri. Pasukan SEPINTAR telah layak untuk ke pusingan seterusnya setelah beraksi di tiga perlawanan. Perlawanan pertama menentang pasukan tuan rumah dan SEPINTAR menang 1-0. Perlawanan kedua pasukan SEPINTAR menang menentang SMK Seri Kundang dengan keputusan 1-0 manakala diperlawanan terakhir pasukan SEPINTAR telah berjaya mengalahkan pasukan SMK Tmn Desa 2 dengan keputusan perlawanan 1-0. Pusingan seterusnya akan berlangsung pada 12 April 2011.