About

Sunday, 22 March 2009

Kokurikulum

Pendahuluan

Dokumen perancangan aktiviti adalah amat penting dalam merancang perjalanan sesuatu unit. Di dalamnya, terdapat perkara-perkara penting seperti ahli jawatankuasa, taqwim, sasaran dan anggaran perbelanjaan. Tanpa perancangan, sesuatu unit itu tidak akan dapat berjalan dengan sempurna.

Dalam usaha untuk menjadikan Sepintar sebagai sekolah yang cemerlang dari sudut kokurikulum, Unit Kokurikulum sentiasa berusaha untuk menambah baik segala aktiviti berkaitan kokurikulum. Oleh itu sebuah perancangan yang teliti amat perlu untuk merealisasikan harapan ini.

Adalah diharapkan semua yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Falsafah

Kokurikulum di Sepintar adalah suatu usaha kolektif yang berterusan untuk melahirkan pelajar yang berkeperibadian unggul "towering personality" serta menjadi insan, warganegara dan pemimpin yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa, negara dan dunia.


Visi

Membentuk pelajar yang berkeperibadian unggul (towering personality) yang mempunyai kesepaduan jasmani, rohani, emosi dan intelek bagi menjadi pemimpin negara dunia masa hadapan.


Misi

Unit kokurikulum Sepintar berusaha merancang, menyusun, melaksana, memantau dan menambah baik program-program yang berfokuskan kepada pembentukan pelajar yang berkeperibadian unggul (towering personality); bakal pemimpin negara dan dunia masa hadapan, berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Objektif

  1. Memantapkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan bercakap di khalayak ramai melalui aktiviti-aktiviti bahas, debat, syarahan, sudut pidato, pembentangan hasil kerja dan seumpamanya.
  2. Memantapkan keupayaan membuat kerja dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti-aktiviti luaran anjuran persatuan dan unit beruniform seperti perkhemahan serta program-program keceriaan.
  3. Menyemai bakat kepimpinan pelajar dengan cara melibatkan mereka semaksima mungkin dalam pengurusan aktiviti kelab dan persatuan dan guru lebih bertindak sebagai fasilitator dan penasihat.
  4. Memupuk semangat juang dan tidak mudah mengalah melalui aktiviti sukan dan permainan serta sistem rumah.
  5. Menanam budaya berdisiplin dan berakhlak melalui aktiviti-aktiviti kawat dan kerohanian.
  6. Bahagian kokurikulum juga mempunyai matlamat untuk mencari dan mengenalpasti pelajar yang boleh diketengahkan ke peringkat-peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa melalui aktiviti dan pertandingan yang mereka ceburi seperti pertandingan rekacipta, robofest, kuiz sains nasional, video in education, MTQ, ragbi, bahas Piala Perdana Menteri, perkhemahan unit-unit beruniform peringkat kebangsaan dan sebagainya.

JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEPINTAR 2013

Jawatan
Guru
Pengerusi               
Tn Addenan bin Osman
Naib Pengerusi 1
Pn. Hasimah bt Harun (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2
Tn. Hj Kamilen b Marzoki (Pen. Kanan)
Naib Pengerusi 3
Pn. Hjh Maimunah bt Ismail (PK HEM)
1.   
Setiausaha Kokurikulum & Setiausaha Pemantauan dan Penilaian Kokurikulum
Pn. Salwani bt Abdul Hamid
2.   
Penolong Setiausaha Kokurikulum
Cik Nur Asmaniza bt Noor Zohori
3.   
Setiausaha Sukan
En. Nor Suhaimie b Sukirman
4.   
Pen Setiausaha ( Sukan & Permainan)
En. Mohd Iskandar b Mohd.Yusof
5.   
Setiausaha Pembangunan Sukan Sekolah
En. Nor Suhaimie b Sukirman
6.   
Setiausaha Koperasi
Cik Azlina bt Abdullah
7.   
Setiausaha Majalah Prodigy
Pn. Hjh Nor Aziah bt Othman
8.   
Setiausaha Bilik Kebitaraan SKK
Pn. Salwani bt Abdul Hamid
9.   
Setiausaha Bilik Sukan
En. Nor Suhaimie b Sukirman
10.     
Setiausaha Persembahan Kebudayaan Sekolah
Pn. Hjh. Nor Aziah bt Othman
11.     
Setiausaha Kebitaraan Bola Sepak (SKK)
En. Mohd Amirnuddin b Jaafar
12.     
Setiausaha Kelab & Persatuan
Pn. Hjh. Siti Aida bt Ibrahim
13.     
Setiausaha Unit Beruniform
En. Mohamad Izzudin b Mustaffa
14.     
Ketua Kontinjen HKSBP
Pn. Hasimah bt Harun (PK Kokurikulum)
15.     
Ketua Kontinjen Karnival Kokurikulum
Pn. Salwani bt Abdul Hamid
16.     
Ketua Kontijen 1M1S
En. Nor Suhaimie b Sukirman
17.     
Ketua Kontijen Hoki dan Kriket SBP
Pn. Hasimah bt Harun (PK Koku)
18.     
Ketua Kontinjen Kebitaraan SKK
En. Mohd Iskandar  b Mohd.Yusof
19.     
Setiausaha RIMUP
Pn. Siti Fatimah bt A. Manap

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: youremail@gmail.com

Our Team Memebers