PendahuluanDokumen perancangan aktiviti adalah amat penting dalam merancang perjalanan sesuatu unit. Di dalamnya, terdapat perkara-perkara penting seperti ahli jawatankuasa, taqwim, sasaran dan anggaran perbelanjaan. Tanpa perancangan, sesuatu unit itu tidak akan dapat berjalan dengan sempurna.
Dalam usaha untuk menjadikan Sepintar sebagai sekolah yang cemerlang dari sudut kokurikulum, Unit Kokurikulum sentiasa berusaha untuk menambah baik segala aktiviti berkaitan kokurikulum. Oleh itu sebuah perancangan yang teliti amat perlu untuk merealisasikan harapan ini.
Adalah diharapkan semua yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dengan sempurna demi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
FalsafahKokurikulum di Sepintar adalah suatu usaha kolektif yang berterusan untuk melahirkan pelajar yang berkeperibadian unggul "towering personality" serta menjadi insan, warganegara dan pemimpin yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa, negara dan dunia.
VisiMembentuk pelajar yang berkeperibadian unggul (towering personality) yang mempunyai kesepaduan jasmani, rohani, emosi dan intelek bagi menjadi pemimpin negara dunia masa hadapan.
MisiUnit kokurikulum Sepintar berusaha merancang, menyusun, melaksana, memantau dan menambah baik program-program yang berfokuskan kepada pembentukan pelajar yang berkeperibadian unggul (towering personality); bakal pemimpin negara dan dunia masa hadapan, berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Objektif- Memantapkan kemahiran berkomunikasi dan keyakinan bercakap di khalayak ramai melalui aktiviti-aktiviti bahas, debat, syarahan, sudut pidato, pembentangan hasil kerja dan seumpamanya.
- Memantapkan keupayaan membuat kerja dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti-aktiviti luaran anjuran persatuan dan unit beruniform seperti perkhemahan serta program-program keceriaan.
- Menyemai bakat kepimpinan pelajar dengan cara melibatkan mereka semaksima mungkin dalam pengurusan aktiviti kelab dan persatuan dan guru lebih bertindak sebagai fasilitator dan penasihat.
- Memupuk semangat juang dan tidak mudah mengalah melalui aktiviti sukan dan permainan serta sistem rumah.
- Menanam budaya berdisiplin dan berakhlak melalui aktiviti-aktiviti kawat dan kerohanian.
- Bahagian kokurikulum juga mempunyai matlamat untuk mencari dan mengenalpasti pelajar yang boleh diketengahkan ke peringkat-peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa melalui aktiviti dan pertandingan yang mereka ceburi seperti pertandingan rekacipta, robofest, kuiz sains nasional, video in education, MTQ, ragbi, bahas Piala Perdana Menteri, perkhemahan unit-unit beruniform peringkat kebangsaan dan sebagainya.
JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEPINTAR 2013
Jawatan | Guru |
Pengerusi | Tn Addenan bin Osman |
Naib Pengerusi 1 | Pn. Hasimah bt Harun (PK Kokurikulum) |
Naib Pengerusi 2 | Tn. Hj Kamilen b Marzoki (Pen. Kanan) |
Naib Pengerusi 3 | Pn. Hjh Maimunah bt Ismail (PK HEM) |
1. | Setiausaha Kokurikulum & Setiausaha Pemantauan dan Penilaian Kokurikulum | Pn. Salwani bt Abdul Hamid |
2. | Penolong Setiausaha Kokurikulum | Cik Nur Asmaniza bt Noor Zohori |
3. | Setiausaha Sukan | En. Nor Suhaimie b Sukirman |
4. | Pen Setiausaha ( Sukan & Permainan) | En. Mohd Iskandar b Mohd.Yusof |
5. | Setiausaha Pembangunan Sukan Sekolah | En. Nor Suhaimie b Sukirman |
6. | Setiausaha Koperasi | Cik Azlina bt Abdullah |
7. | Setiausaha Majalah Prodigy | Pn. Hjh Nor Aziah bt Othman |
8. | Setiausaha Bilik Kebitaraan SKK | Pn. Salwani bt Abdul Hamid |
9. | Setiausaha Bilik Sukan | En. Nor Suhaimie b Sukirman |
10. | Setiausaha Persembahan Kebudayaan Sekolah | Pn. Hjh. Nor Aziah bt Othman |
11. | Setiausaha Kebitaraan Bola Sepak (SKK) | En. Mohd Amirnuddin b Jaafar |
12. | Setiausaha Kelab & Persatuan | Pn. Hjh. Siti Aida bt Ibrahim |
13. | Setiausaha Unit Beruniform | En. Mohamad Izzudin b Mustaffa |
14. | Ketua Kontinjen HKSBP | Pn. Hasimah bt Harun (PK Kokurikulum) |
15. | Ketua Kontinjen Karnival Kokurikulum | Pn. Salwani bt Abdul Hamid |
16. | Ketua Kontijen 1M1S | En. Nor Suhaimie b Sukirman |
17. | Ketua Kontijen Hoki dan Kriket SBP | Pn. Hasimah bt Harun (PK Koku) |
18. | Ketua Kontinjen Kebitaraan SKK | En. Mohd Iskandar b Mohd.Yusof |
19. | Setiausaha RIMUP | Pn. Siti Fatimah bt A. Manap |