Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca dan budaya ilmu.
Objektif utama Program Nilam ialah :
- Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
- Menggalakkan sekolah untuk terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
- Melahirkan semangat kerjasama di antara semua warga Sepintar untuk menjadikan Program Nilam sebagai satu program yang unggul dan gemilang
Adalah diharapkan Program Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah 2014 ini dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya dan mendapat sokongan daripada pihak pentadbir, para guru, staf sokongan dan para murid sendiri. Semoga dengan menyertai aktiviti-aktiviti sokongan yang dijalankan, para murid akan sedar akan kepentingan budaya membaca yang dapat menjana pemikiran