About

Monday 2 September 2013

Sambutan Malam di Anbang Merdeka ke-56



31 Ogos 2013, Panitia Sejarah dibawah bidang Kemanusiaan telah bekerjasama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling menganjurkan Malam Di Ambang Merdeka ke-56 dengan tema 'Malaysia Tanahairku; Tanah Tumpahnya Darahku'
Pelbagai aktiviti telah diadakan sementara menanti detik 12 malam. Antara pengisian program adalah bacaan yasin, solat hajat dan tahlil untuk pejuang kemerdekaan di Masjid al-Qadisiah dan diikuti persembahan berunsur patriotik oleh pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di Dewan al-Aqsa. Pihak sekolah turut menjemput seorang tokoh kemerdekaan iaitu En. Ismail C, 74, yang berkongsi pengalaman beliau ketika menjadi tentera British dan pejuang kemerdekaan. 
Pelajar turut menikmati hidangan nostalgia iaitu ubi kayu goreng sumbangan mantan Pengetua SEPINTAR, Pn Hjh Saadah bt Othman sebelum tibanya detik 12.00 malam. Bagi mengisi bulan kemerdekaan ini juga Panitia Sejarah turut menganjurkan pelbagai aktiviti bagi memupuk semangat patriotik di kalangan pelajar iaitu antaranya Kempen Kibar Jalur Gemilang, kuiz, pertandingan lagu patriotik, deklamasi sajak dan buku skrap tokoh kemerdekaan. Majlis penutup bulan kemerdekaan pula akan diadakan pada 18 September 2013.

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: youremail@gmail.com

Our Team Memebers