About

Tuesday 12 March 2013

Mesyuarat Program Jalinan SBPI Rawang dengan Universiti Putra Malaysia


 12 Mac 2013, SEPINTAR pada hari ini telah mengorak langkah permulaan kearah jalinan kerjasama dengan universiti angkat iaitu Universiti Putra Malaysia, Serdang. Mesyuarat dua hala ini telah diadakan diBilik Eksekutif, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM dan dipengerusikan oleh Dr Soaib bin Asimirin, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Pengajian Pendidikan. Perbincangan pada hari ini tertumpu kepada program yang boleh dijalankan bersama dalam kebitaraan SEPINTAR iaitu Matapelajaran Kimia dan Sukan Bola Sepak. Delegasi dari SEPINTAR diketuai oleh Pn Hasimah Harun, PK Kokurikulum  SEPINTAR. Pihak kami amat menghargai kesudian pihak UPM menerima kunjungan serta kerjasama yang iberikan oleh pihak UPM. Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin ke arah kerjasama yang lebih erat diantara kedua-dua pihak.

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: youremail@gmail.com

Our Team Memebers