19-20 Januari 2013, Unit Hal ehwal Murid melalui Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) telah menganjurkan Kem Pemantapan Kerohanian Pelajar Tingkatan 5 2013. Program ini telah diadakan di dewan Al-Aqsa SEPINTAR.Majlis dimulakan dengan bacaan Al-mathurat, Solat Maghrib berjemaah, Kuliah maghrib bertajuk Falsafah Solat Imam Al-Ghazali, Solat Isyak berjemaah dan diikuti dengan Ceramah khas: Pemantapan Rohani untuk Kejayaan.Oleh : Dr Abdul Majid bin Hassan, dari Akademi Rawatan Islam Nurul Ehsan (AKRINE). Ceramah ini turut dihadiri Pn Hjh Maimunah Ismail, PK Hal Ehwal Murid dari awal hingga akhirnya.Jam 10.30 malam diadakan Perbincangan Dalam Kumpulan (PDK) berkisar isi ceramah dan persediaan kerohanian untuk kejayaan sehingga jam 11.00 malam.Tepat jam 5 pagi pelajar berkumpul di dewan Besar untuk Qiyammullail (Solat Sunat Taubat, tahajjud, hajat dan Witir) yang dikendalikan oleh barisan kepimpinan pelajar.Selepas Solat Subuh diadakan pembentangan dari kumpulan. Pelajar telah memberikan pandangan yang baik tentang topik yang dibincangkan.Jam 7.00 pagi pelajar membaca Al-Mathurat yang diketuai oleh Tuan Haji Kamilen bin Marzoki, Pemangku Pengetua SEPINTAR seterusnya menyampaikan ucapan penutup program. Banyak nasihat yang dilontarkan oleh beliau khususnya untuk pelajar tingkatan lima. Majlis berakhir jam 8.00 pagi dengan bersalaman sebelum bersurai.
Laporan : Ust Kosim bin Abd Ghani