2 Julai 2011, Warga SEPINTAR pada hari ini sama-sama menyertai Larian Terbesar yang akan mencatat rekod iaitu Larian 1 Murid 1 Sukan. Larian yang bermula jam 7.45 pagi bermula di Dewan Besar dimulai dengan sesi memanaskan badan bagi memastikan semua yang terlibat mempunyai tahap kecergasan yang terbaik. Majlis penutup turut dihadiri oleh YB Shukor Idrus, Adun Kuang.