Pada 24 September yang lalu, telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya SEPINTAR di Dewan Makan bagi meraikan guru-guru, kakitangan dan pelajar. Majlis yang cukup meriah ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Abdul Shukur bin Abd Idrus (ADUN Kuang). Pada majlis ini juga beliau telah sudi menyampaikan sumbangan kepada pihak sekolah melalui Tuan Pengetua.