Kelab Bola Sepak SEPINTAR telah berjaya menganjurkan satu pertandingan futsal sempena demam Piala Dunia 2010 tahun ini.Pertandingan ini telah disertai oleh 13 pasukan handal yang rata-ratanya merupakan pelajar bawah 16 tahun.Pertandingan ini telah berlangsung dari 20/6/2010 hingga 11/7/2010.KHKC FC telah berjaya muncul sebagai Johan bagi edisi kali ini.Pada peringkat akhir, KHKC telah bertemu dengan TekNik FC dan berjaya menewaskan pasukan tersebut dengan mata 5-1.Kejayaan kemenjadian kejohanan kali ini juga telah dikongsi dengan AJK Kelab Bola Sepak SEPINTAR dan diharapkan agar kejohanan sama akan dapat dilakukan lagi pada masa akan datang.