About

Sunday 2 May 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan SEPINTAR

Pada 30 April 2010 yang lalu, telah berlangsung suatu majlis gilang gemilang yang meraikan kejayaan dan pencapaian yang membanggakan individu-individu di SEPINTAR. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Sulaiman bin Wak, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan turut dihadiri oleh
Pn Dayang Fatimah bt Abang Narudin, Pegawai Pelajaran Daerah Gombank serta Tuan Haji Zulkifli bin Baharom, YDP PIBG SEPINTAR. Penyampaian sijil dan hadiah disempurnakan oleh ketiga-tiga jemputan kehormat dan diadakan dalam 3 slot.

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya memperoleh kejayaan. Dalam majlis ini juga penghormatan melalui Anugerah Sumbangsih telah disampaikan kepada mantan Pengetua Kanan SEPINTAR, Pn Hjh Saadah bt Othman.


Kelihatan di gambar Saudara Rusydi bersama ibubapa beliau menyampaikan ucapan selepas menerima Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2009



Antara penerima Anugerah Sumbangsih, Pn Khairatul Adawiyah dan Pn Hjh Saadah.

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: youremail@gmail.com

Our Team Memebers