About

Sunday, 7 February 2010

Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim Tingkatan 4

Pada 7 Februari yang lepas telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim Tingkatan 4 bagi menandakan tamatnya Program Silaturrahim T4. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan dihadiri Pn Maimunah, guru-guru dan pelajar. Program ini bermatlamat supaya semua pelajar baru dapat menyesuaikan diri, mengawal emosi dan dapat menyelesaikan masalah melalui saluran yang betul untuk kekal menjadi pelajar SEPINTAR yang aktif, cergas dan berwibawa. Memetik kata Tuan Pengetua dalam ucapan beliau, selepas dari hari ini tiada lagi istilah pelajar tingkatan 4 baru dan semua akan dilayan sama sahaja.

Pelbagai tema persembahan telah ditonjolkan antaranya sketsa, debat dan nasyid. Persembahan-persembahan ini dilihat dapat menambahkan keserasian semua pelajar tingkatan 4.

Barisan juri yang mengadili persembahan pelajar kelihatan ceria dan bersemangat.


Tuan Pengetua berbesar hati menyampaikan hadiah berbentuk hamper kepada pemenang-pemenang.

Friday, 5 February 2010

Lawatan Benchmarking Unit ICT ke SMK Rawang

Diadakan pada 5 Februari 2010, disertai oleh 2 guru dan 7 ahli Kelab MulticomSEPINTAR. SMK Rawang dipilh sebagai destinasi kerana Makmal Komputer SEMEKAR telah dipilih sebagai Naib Johan Makmal Komputer Terbaik Selangor 2009. Lawatan ini diadakan bertujuan mencari idea baru untuk keceriaan makmal dan memberi pendedahan kepada ahli kelab MULTIKOM tentang sumbangan mereka kepada sekolah. Antara keistimewaan SEMEKAR yang dapat dilihat adalah adanya Kiosk Sekolah yang disediakan oleh pelajar sendiri. Terima kasih pihak kami ucapkan kepada Tuan Pengetua SEMEKAR dan En Shahbani, Guru ICT yang telah sudi menerima kunjungan kami.





Thursday, 4 February 2010

Program NILAM 1

Ke arah menjadikan membaca sebagai tabiat pelajar di mana-mana dan pada bila-bila masa merupakan salah satu objektif program NILAM. Seperti yang telah di jadualkan, program perhimpunan NILAM telah berjalan lancarpada pagi ini dan disamping pelajar, guru-guru juga turut sama menyertai program ini


Diharapkan dengan adanya program seperti ini, budaya membaca yang tinggi dapat dipupuk di kalangan pelajar dan guru.

Wednesday, 3 February 2010

Perhimpunan Asrama 1

Bagi memantapkan Pengurusan Asrama, pihak Jawatankuasa Warden telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Perhimpunan Asrama sebagai salah satu saluran penyampaian maklumat kepada pelajar. Perhimpunan yang diadakan pada 3 Februari 2010 ini merupakan perhimpunan pertama dan diadakan di dua lokasi iaitu putera di Dewan Makan dan puteri di Masjid Al-Qadisiah. Barisan Exco turut di beri peluang untuk menyuarakan isi hati mereka dalam perhimpunan ini.

Pn Hjh Maimunah sedang menyampaikan ucapan penutupan dan menerangkan kepada penghuni bahawa perhimpunan ini bukan bertujuan menyebut kesalahan-kesalahan pelajar, tetapi kebaikan dan pencapaian yang membanggakan oleh setiap penghuni juga akan disebut dalam perhimpunan akan datang.

Pelaksanaan POC Dedicated Gateway Aplikasi HRMIS

Makmal Komputer SEPINTAR telah menerima kunjungan Pegawai-Pegawai dari GITN, KPM dan BTP untuk melaksanakan Dedicated Gateway bagi mengintegrasikan rangkaian Schoolnet dengan rangkaian EG Net di Kementerian Pelajaran Malaysia. Proof of Concept (POC) ini telah berjalan lancar walaupun cuma lebih kurang 6 biji PC sahaja yang boleh beroperasi. Program bermula jam 9 pagi dan tamat jam 12 tghari.


Pihak sekolah berbesar hati kerana dapat memberi kerjasama ke arah kejayaan program ini.

Tuesday, 2 February 2010

Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Sepintar 2010

Ahlan Wa Sahlan...warga SEPINTAR ucapkan kepada ahli keluarga baru kami yang baru sahaja mendaftar pada 2 Februari 2010. Sessi pendaftaran telah diadakan bermula jam 9 pagi dan diselitkan dengan Sessi Taklimat dan salam perkenalan bersama pihak pentadbir SEPINTAR. Seramai 61 orang pelajar telah mendaftar dan majoriti adalah putera dengan puteri seramai lebih kurang 17 orang sahaja.


Kaunter yang disediakan untuk proses pendaftaran
Para ibubapa menggunakan meja yang disediakan

Ibubapa tekun mendengar taklimat

Penyerahan simbolik kepada wakil ibubapa

Mesyuarat Sistem Rumah ke-1

Pada 2/2/2010, telah diadakan Mesyuarat Sistem Rumah kali-1 yang diadakan di bilik mesyuarat SEPINTAR. Mesyuarat ini antara lain bagi menjelaskan fungsi jawatankuasa dan menggerakkan sistem rumah ke tahap optimum. Mesyuarat dipengerusikan oleh tuan Pengetua dan dihadiri oleh Ahli-Ahli jawatankuasa. Mesyuarat bermula jam 3.30 ptg dan tamat jam 5.00 petang.

Ahli mesyuarat tekun mendengar penerangan.


Majulah sistem rumah untuk SEPINTAR...

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: youremail@gmail.com

Our Team Memebers