About

Thursday 29 August 2013

Lawatan Penanda Aras Delegasi Jepun dari Saitama Prefecture, Jepun







 27 Ogos 2013, SEPINTAR telah menerima kunjungan Delegasi Jepun dari Saitama Prefecture, Jepun dalam rangka lawatan penanda aras. Mereka yang tiba sejak 6 pagi lagi telah mengikuti sesi taklimat dan berkesempatan melawat bilik-bilik khas serta turut bertukar pandangan dalam sesi perbincangan. 

Tuesday 27 August 2013

Lawatan Penandaarasan ke MRSM Tun Ghafar Baba Jasin Melaka.




Pada 26 Ogos 2013 (Isnin) seramai 7 orang guru Sains dan Matematik yang diketuai oleh Pen Kanan Kokurikulum En Arbain bin Kasim  telah mengadakan lawatan penandaarasan ke MRSM Tun Ghafar Baba Jasin Melaka. Tujuan lawatan adalah untuk melihat pelaksanaan School Enrichment Module (SEM) yang turut melibatkan aktiviti R&D. Guru-guru telah diberi taklimat oleh Pn Salwa bt Dalib yang merupakan penyelaras Pengantarabangsan dan  R&D MRSM TGB dan Pn Mahibbah bin Ahmad sebagai penyelaras SEM. Program SEM MRSM TGB merupakan program pengayaan seluruh sekolah yang melibatkan semua guru dalam usaha melahirkan gifted behaviour daripada gifted student.

Sunday 25 August 2013

Jemputan Hi-Tea Amal SEPINTAR 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SEPINTAR akan menganjurkan satu program amal iaitu HI-TEA AMAL SEPINTAR 2013 yang bertujuan untuk mengumpul dana kewangan persatuan bagi melaksanakan pelbagai program/aktiviti yang dirancang sepanjang tahun 2013 dan 2014. Semua dijemput menyertai majlis ini bagi memberikan sokongan dan semangat.

Ceramah Nuzul Al-Quran oleh Ustaz Muhammad Nasib Zawawi


 24 Ogos 2013, Bagi meningkatkan penghayatan Hari Nuzul Al-Quran, warga SEPINTAR telah mengikuti ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Nasib Zawawi bertempat di Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR.

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: youremail@gmail.com

Our Team Memebers