About

Friday 31 August 2012

Sambutan di Ambang Merdeka

 30 Ogos 2012, Bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan, SEPINTAR telah mengadakan sambutan di ambang Merdeka bermula jam 9 malam. Sambutan yang dikelolakan oleh bidang Kemanusiaan telah diadakan bermula jam 9 malam. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang sambutan dan menu utama pada malam itu adalah ubi kayu bagi mengimbau suasana Malaya pada zaman dahulu. Sambutan telah di tamatkan dengan laungan MERDEKA di dataran terbuka.

Tuesday 28 August 2012

Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan

 16 Ogos 2012, Panitia Pendidikan Islam dangan kerjasama Jawatankuasa HEM dan Masjid Al-Qudisiah telah menganjurkan Majlis Khatam Al-quran dan penutup Ihya' Ramadhan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan kemuncak kepada program penghayatan di bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Wednesday 8 August 2012

Majlis Berbuka bersama Tuan Hj Md Kasim Md Diah, Timb Pengarah BPSBPSK

 8 Ogos 2012, Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam. Bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini diwarnai dengan aktiviti-aktiviti kerohanian dan amal ibadah bagi menambah keimanan setiap individu muslim tanpa mengira darjat. Sempena kehadiran bulan Ramadhan tahun 1433H, SBPI Rawang begitu berbesar hati mengadakan majlis berbuka puasa bersama Tn Hj Md Kasim Md Diah, Timbalan Pengarah BPSBPSK. Beliau sempat memberi ucapan berbentuk motivasi dan pentingnya minda kreatif untuk dikongsi bersama warga SEPINTAR. Beliau turut mengunjungi ruangan dapur Dewan Makan SEPINTAR bagi melihat sendiri ruang penyediaan makanan warga SEPINTAR. Terima kasih diucapkan kepada Tuan yang telah sudi bertandang ke SEPINTAR.

Ceramah Nuzul Quran

 8 Ogos 2012, Pelajar-pelajar SEPINTAR sedang mengikuti Ceramah Nuzul Quran di Masjid Al-Qadisiah

Sunday 5 August 2012

Majlis Iftar Jamae'i, Solat Hajat 1 dan Kesyukuran Baiah

 3 Ogos 2012, SEPINTAR telah menganjurkan majlis Iftar Jamaei, Solat Hajat dan Kesyukuran Baiah. Majlis ini telah dihadiri oleh jemputan-jemputan yang terdiri daripada ibubapa, wakil dari PPD Gombak, Pengetua SMK BTP, Pegawai dari BPI serta Alumni SEPINTAR. Tn Hj Ramdzan bin Wan Mamat, Timbalan Pengarah Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam telah merasmikan majlis ini.

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: youremail@gmail.com

Our Team Memebers