About

Thursday 29 March 2012

Kejohanan Bola Sepak MSSD B-18

29 Mac 2012, Pasukan Bola Sepak SEPINTAR telah menyertai Kejohanan yang berlangsung di SMK Bandar Tasik Puteri. Nasib tidak menyertai pasukan kerana tidak melepasi perlawanan peringkat zon namun pendedahan ini berguna untuk kemajuan pasukan.

Wednesday 28 March 2012

Lawatan Pegawai Southern Border Providences Administration Centre Thailand






27 Mac 2012, SBPI Rawang telah menerima tetamu-tetamu terdiri daripada Pegawai Southern Border Provinces Administrative Centre (SBPAC) Thailand yang dalam rangka lawatan kerja di Malaysia. Majlis yang diadakan di Dewan Al-Aqsa telah berjalan seperti yang dirancangkan.

Tuesday 27 March 2012

Nike Elite Training Programme


 27 Mac 2012, Seramai 20 orang pemain pasukan The Dribblers SEPINTAR Bawah 18 tahun telah menyertai Program yang dianjurkan oleh Nike bertempat di padang SEPINTAR. Program ini yang bertujuan memberi pendedahan kepada pemain-pemain tentang ujian dan latihan yang dilalui oleh pemain-pemain profesional.


Kejohanan Bola Sepak MSSD B-15 Gombak


 27 Mac 2012, Pasukan The Dribblers SEPINTAR telah menyertai Pertandingan Bola Sepak Bawah 15 tahun MSSD Gombak peringkat Zon yang berlangsung di SMK Bandar Tasik Puteri. Pasukan SEPINTAR telah memberi tentangan hebat walaupun kebanyakan pemain adalah pemain baru dalam pertandingan ini. Walaupun The Dribblers tidak layak ke pusingan seterusnya namun pendedahan ini amat berguna bagi meningkatkan kematangan permainan pemain-pemain yang terlibat.


Thursday 22 March 2012

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2011


 21 Mac 2012, Gambar-gambar sekitar Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2011. Semua calon-calon yang memperolehi keputusan Straight A's bergambar diatas pentas bersama pentadbir SEPINTAR. Selamat maju jaya kepada semua calon SPM SEPINTAR 2011.



Wednesday 14 March 2012

Program Kecemerlangan Akademik Siri 1


 9-12 Mac 2012, Program yang berkonsepkan kelas tambahan kepada calon-calon SPM dan PMR telah diadakan di Dewan Al-Aqsa dan Bilik Seminar. Kelas-kelas yang diadakan berjalan lancar dan mencapai matlamat yang dirancang.


Wednesday 7 March 2012

Perlawanan Persahabatan Pasukan Bola Sepak B-18 di SM Sultan Sulaiman Shah

 6 Mac 2012, Sebagai persediaan Pasukan The Dribblers menghadapi Kejohanan MSSD satu perlawanan persahabatan menentang pasukan SM Sultan Sulaiman Shah, Bestari Jaya telah diadakan. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Banyak lagi perlawanan persahabatan akan diadakan bagi meningkatkan prestasi pasukan.



 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: youremail@gmail.com

Our Team Memebers