About

Sunday, 28 February 2010

Pelancaran Jati Diri dan Kempen 4S

Pada pagi ini bertempat di Dewan Al-Aqsa, Program Jati Diri dan Kempen SEPINTAR telah dirasmikan oleh Pn Hjh Senaini bt Long. Antara objektif Program Jati Diri adalah memahami dan menghayati falsafah, visi dan misi SBP bagi mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Ia juga untuk melahirkan pelajar yang sentiasa mempunyai daya saing, berdisiplin, berdikari dan menangani cabaran semasa secara bijaksana. Program yang dijalankan terbahagi kepada...

TAKZIAH UNTUK CIKGU KHAIRATUL ADAWIYAH

Warga SEPINTAR mengucapkan takziah kepada Cikgu Khairatul Adawiyah di atas pemergian ayahandanya yang tercinta kerahmatullah pada 26/2/2010 (jumaat) semoga ruhnya dicucuri rahmat oleh Allah swt -Alfatih...

Kursus Perkembangan Staf ke-1 bersama Prof Dato' Dr Ibrahim Ahmad Bajunid

Seluruh warga pendidik dan staf SEPINTAR merasa bertuah kerana dapat bersama dengan seorang yang begitu istimewa untuk Kursus Perkembangan Staf kali-1. Beliau yang dimaksudkan adalah Prof Dato' Dr Ibrahim Ahmad Bajunid yang merupakan Timbalan Naib Canselor INTI Lavreate International Unversities. Kursus ini diadakan pada 27 Februari 2010 bertempat di Tasik Puteri Golf and Country Club dihadiri oleh Tn Haji Zulkifli Baharom, YDP PIBG, Barisan Pentadbir,...

Bilik Seminar SEPINTAR

Sebuah Bilik Seminar telah diwujudkan pada tahun ini untuk kemudahan dan kegunaan warga SEPINTAR. Bilik ini pada mulanya merupakan bilik Serbaguna, namun cetusan idea pihak pentadbir telah menukarkan bilik ini menjadi Bilik Seminar. Kelihatan digambar, pelajar tingkatan 5 sedang mengikuti kelas PKA. Insyaallah bilik ini akan dinaik tarafkan dan pihak sekolah amat berbesar hati sekiranya ada pihak yang ingin menyumbang ke arah penambahbaikan bilik...

Saturday, 27 February 2010

Ceramah sempena Sambutan Maulidur Rasul

Pada 26 Februari 2010 yang lepas, satu ceramah Maulidur Rasul telah diadakan di Masjid Al-Qadisiah. Penceramah jemputan adalah Ust Ramli dari UniKL. Antara isi ceramah beliau adalah bagaimana bagi kita sebagai umat Islam menyayangi Nabi Junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan adab-adab dalam kehidupan seharian kita. Harapan pihak sekolah agar semua warga SEPINTAR dapat menghayati Maulidur Rasul dengan pengisian program-program seperti i...

Tuesday, 23 February 2010

Perjumpaan Kelab dan Persatuan Mingguan

Salah satu aktiviti mingguan kokurikulum, perjumpaan Kelab Komputer MULTICOM. Pengisian hari ini adalah mengenali komponen komputer dan cara pemasangan yang telah di demonstrasikan oleh Saudara Shahirul dan Saudara Abdul Rahman. Ahli-ahli kelab diberi pendedahan dan berkongsi ilmu dengan ahli yang la...

Monday, 22 February 2010

Mesyuarat PPSMI dan ICT kali-1 2010

Mesyuarat yang diadakan pada 22 Februari 2010 bertempat di Makmal Komputer 1 dihadiri oleh barisan pentadbir dan guru-guru PPSMI serta seorang fasilitator schoolnet. Mesyuarat untuk kedua-dua unit digabungkan serentak memandangkan saling hubung kaitannya antara kedua-dua unit. Pn Pengetua mempengerusikan mesyuarat yang dimulakan dengan agenda PPSMI dan diikuti dengan agenda ICT. Pengerusi menekankan bahawa perancangan PPSMI masih perlu diteruskan...

Sunday, 21 February 2010

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Usrah

Serentak dengan perhimpunan pagi mingguan SEPINTAR di Dewan Al-Aqsa, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Usrah 2010. Senarai penerima dibacakan oleh Ust Kosim dan disampaikan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua Sepintar. Semoga amanah yang diberi dipayungi rahmat ila...

Kem Survival Kepimpinan LKP SEPINTAR 2010

Alhamdulillah, pada 19-21 Februari yang lepas para Lembaga Kepimpinan Pelajar telah selamat menjalani Kem Survival Kepimpinan yang diadakan di perkarangan sekolah. Kem ini bertujuan melatih para pemimpin LKP untuk bekerja dalam pasukan dan membentuk individu yang mempunyai jati diri yang tinggi. Kem ini telah diisi dngan pelbagai program yang telah diatur oleh fasilitator yang berkaliber. Sepanjang tempoh kem dijalankan, pelajar Putera dan Puteri...

Thursday, 18 February 2010

Sepintar Majlis Tadarus Al Quran peringkat sekolah

Majlis MTQ merupakan acara wajib sekolah dalam mencari bakat untuk dibawa ke peringkat daerah. Antara acara yang dipertandingkan pada hari ini adalah Tilawah Al-Quran, Hafazan Syarahan Bahasa Inggeris, Melayu dan Arab serta pertandingan tulisan Jawi dan Khat. Majlis ini diadakan bermula jam 3 petang. Para peserta menunjukkan bakat masing-masing dalam pertandingan yang dipertandingkan. Syabas kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan...

Saturday, 13 February 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Pada 12 Februari 2010, telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG SEPINTAR kali ke-8 di Dewan Al-Aqsa. Majlis bermula jam 2.30 petang dan tamat pada jam 5.30 petang. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua SEPINTAR dan dipengerusikan oleh Tn Hj Zulkifli Baharom selaku YDP PIBG SEPINTAR. Pelbagai isu dan usul telah dibincangkan dalam mesyuarat ini. Tn Hj Kamilen juga telah menyampaikan taklimat bagi pihak pentadbir sekolah...

Tuesday, 9 February 2010

Kerja-kerja Penambahbaikan Rangkaian Schoolnet

Bermula 9 Februari yang lepas, kerja penambahbaikan Rangkaian Schoolnet sedang giat dijalankan oleh kontraktor Bayutronik yang melibatkan penukaran kabel CAT-5 ke CAT-6, pemasangan fiber optik dan pemasangan switch serta Access Point. Diharapkan dengan penambahbaikan ini rangkaian Schoolnet boleh digunakan secara optimum. Kabet CAT-6 yang dikatakan boleh meningkatkan kapasiti capaian internet.Kerja-kerja pemasangan di makmal 2 yang masih kosong...

Taklimat Tender Kebersihan Bangunan dan Kawasan

SEPINTAR pada hari ini telah menjadi tuan rumah untuk Taklimat Tender Kebersihan Bangunan dan Kawasan yang telah dianjurkan oleh Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset Putrajaya. Dianggarkan sekolah menerima lebih dari 800 orang pelawat dan telah berlangsung di Dewan Al-Aqsa. Para pelawat juga terpaksa meletakkan kereta di sepanjang jalan masuk dan di luar pagar sekolah kerana bilangan kenderaan yang terlampau banyak....

Sunday, 7 February 2010

Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim Tingkatan 4

Pada 7 Februari yang lepas telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Minggu Silaturrahim Tingkatan 4 bagi menandakan tamatnya Program Silaturrahim T4. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua dan dihadiri Pn Maimunah, guru-guru dan pelajar. Program ini bermatlamat supaya semua pelajar baru dapat menyesuaikan diri, mengawal emosi dan dapat menyelesaikan masalah melalui saluran yang betul untuk kekal menjadi pelajar SEPINTAR yang aktif, cergas dan berwibawa....

Friday, 5 February 2010

Lawatan Benchmarking Unit ICT ke SMK Rawang

Diadakan pada 5 Februari 2010, disertai oleh 2 guru dan 7 ahli Kelab MulticomSEPINTAR. SMK Rawang dipilh sebagai destinasi kerana Makmal Komputer SEMEKAR telah dipilih sebagai Naib Johan Makmal Komputer Terbaik Selangor 2009. Lawatan ini diadakan bertujuan mencari idea baru untuk keceriaan makmal dan memberi pendedahan kepada ahli kelab MULTIKOM tentang sumbangan mereka kepada sekolah. Antara keistimewaan SEMEKAR yang dapat dilihat adalah adanya...

Thursday, 4 February 2010

Program NILAM 1

Ke arah menjadikan membaca sebagai tabiat pelajar di mana-mana dan pada bila-bila masa merupakan salah satu objektif program NILAM. Seperti yang telah di jadualkan, program perhimpunan NILAM telah berjalan lancarpada pagi ini dan disamping pelajar, guru-guru juga turut sama menyertai program ini Diharapkan dengan adanya program seperti ini, budaya membaca yang tinggi dapat dipupuk di kalangan pelajar dan gu...

Pages (38)123456 Next

 

Subscribe to our Newsletter

Contact our Support

Email us: youremail@gmail.com

Our Team Memebers