23 Mei 2012, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan sistem penilaian pelajar yang baru diperkenalkan untuk digunapakai di semua sekolah di Malaysia. Oleh kerana sistem ini masih baru, adalah penting bagi kami melihat sendiri pelaksanaannya di sekolah rintis projek ini. Taklimat telah disampaikan oleh Pn Siti Habsah Ahmad, Penolong Kanan SK Tmn Putra Perdana. Selepas taklimat ahli rombongan telah dibawa melawat ke bilik Operasi PBS Sekolah. Pelbagai ilmu telah ditimba sepanjang lawatan kami dan ini menambah keyakinan ahli dalam melaksanakan PBS di SEPINTAR. Terima kasih kepada SK Tmn Putra Perdana yang telah sudi menerima kunjungan kami.
Pages - Menu
▼
Pages
▼
Thursday, 24 May 2012
Sunday, 20 May 2012
Jamuan Kelab Guru dan Kakitangan 2012
18 May 2012, Kelab Guru dan Kakitangan SEPINTAR telah mengadakan majlis jamuan bagi meraikan ahli-ahli yang akan menunaikan ibadah umrah serta merapatkan hubungan ahli-ahli. Menu nasi arab telah disajikan kepada semua yang hadir. Kelab Guru dan Kakitangan mengucapkan terima kasih kepada individu-individu yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan majlis ini. Ini juga merupakan majlis pertama yang dianjurkan oleh Kelab dibawah pimpinan baru.
Tuesday, 15 May 2012
Selamat Hari Guru 2012
Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Tema Hari Guru
Tema Hari Guru
- 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
- 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
- 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
- 1975 Guru dan Pembangunan Negara
- 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
- 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
- 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
- 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
- 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
- 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
- 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
- 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
- 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
- 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
- 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
- 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
- 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
- 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
- 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
- 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
- 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
- 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
- 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
- 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
- 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
- 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
- 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
- 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
- 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
- 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
- 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
- 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
- 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
(source :Wikipedia)
Sunday, 13 May 2012
Jadual Perkampungan Ilmu PMR & SPM 2012
Sila Klik Ikon di atas untuk View atau Download fail Jadual Perkampungan Ilmu.
Friday, 4 May 2012
Penyampaian Hadiah Sempena Bulan Pendidikan Islam
2 May 2012, Satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa bagi sempena Bulan Pendidikan Islam yang telah berlangsung.
Wednesday, 2 May 2012
Pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO)
26 - 29 April 2012, SBPI Rawang telah menghantar 4 orang pelajar ke Pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2012 bertempat di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). Peserta SEPINTAR telah memenangi Anugerah Gold Prize bagi Ciptaan Semburan Semulajadi Elygiary dan mendapat Anugerah Bronze Prize bagi Projek MyMics. Tahniah dan syabas kepada Pn Khairul Kamariah bt Aziz dan Pn Sakinah Yusoff selaku pembimbing dan semua guru yang memberi sumbangan dalam kejayaan ini.





