Pada 27 Disember 2010, Mesyuarat Guru kali Pertama 2011 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SEPINTAR bertujuan memberi makluman, membuat penyelarasan serta berbincang ke arah mewujudkan SEPINTAR yang lebih gemilang. Pelbagai isu telah dibincangkan bersama dan mesyuarat susulan mengikut unit akan diadakan seterusnya pada 28 hingga 30 Disember 2010. Semoga segala perancangan akan berjaya dilaksanakan pada tahun 2011.
SEPINTAR sekali lagi mencatatkan keputusan yang membanggakan apabila seramai 61 orang calon PMR telah berjaya mecatat keputusan 9A dalam peperiksaan PMR 2010. Keputusan ini telah diumumkan oleh Pn Hjh Senaini Long, Pengetua SEPINTAR di Dewan Al-Aqsa. Majlis penyerahan cenderahati turut diadakan sejurus selepas pengumuman tersebut.
Majlis Graduasi pada tahun ini telah diadakan di Dewan Utama UNISEL, Kuala Selangor pada 18 Disember 2010. Majlis bermula pada pukul 10 pagi dan dirasmikan oleh Prof Dato' Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid yang merupakan Tokoh Akademik Negara. Di majlis ini juga, slot Sirih Pulang ke Gagang disaksikan oleh Prof Dato' Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dan disempurnakan bacaan akadnya oleh Pn Pengetua dan wakil ibubapa iaitu En Asmadi Arif. Semoga majlis ini menjadi perangsang kearah kejayaan Garduan SEPINTAR.
Seawal 7 pagi lagi, SEPINTAR dibanjiri ibubapa serta anak masing-masing bagi menghadiri temuduga yang dijadualkan jam 8 pagi. Para calon telah melalui pelbagai sessi yang telah dikendalikan oleh guru-guru serta pentadbir SEPINTAR sendiri. Kakitangan SEPINTAR juga telah bertungkus lumus dalam membantu pengurusan dan kelancaran sessi yang diadakan.
Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Penutupan Program NILAM peringkat sekolah. Hadiah telah disampaikan oleh Pn Hjh Senaini Long, Pengetua SEPINTAR.
SEPINTAR telah diberi kepercayaan sebagai Tuan Rumah Karnival yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 8 dan 9 November 2010. Majlis Penutup disempurnakan oleh Pn Patipah, Timb PPD Gombak dan beliau telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Wakil SEPINTAR telah muncul sebagai naib Johan Pertandingan Pelancaran Roket peringkat negeri. Mereka adalah Muhammad Hazim Zakariya dan Ahmad Zuraidi Mahmud. Di pertandingan Peringkat Daerah, mereka telah muncul sebagai Johan. Syabas dan semoga prestasi yang menakjubkan ini dapat dikekalkan.
Program yang dianjurkan Unit Kaunseling SEPINTAR bertujuan mengeratkan hubungan pelajar serta mengisi slot Program Selepas PMR. Aktiviti-aktiviti yang diadakan lebih bersifat outdoor serta menguji ketahanan dan semangat berpasukan.
Majlis penutup bengkel berlangsung pada hari ini dan dihadiri YM Tengku Abdussalam bin Tengku Awang, Penolong Pengarah Unit Promosi, Inovasi dan Media BTPNT. Dalam majlis ini juga, kedua-dua pihak saling bertukar cenderamata. Semua peserta bertolak pulang jam 11 pagi. Diharapkan apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun hadapan.
Shot sekitar hari ke-2 bengkel di BTPNT. Perbincangan masih diteruskan dan slot Kajian Lapangan turut diadakan sekitar Kuala Terengganu. Peserta-peserta bengkel meneruskan kerja sehingga jam 11 malam sebelum bergerak ke bilik masing-masing.
Bengkel Pemantapan MPK 2011 pada kali ini diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Mengumpulkan semua guru-guru SEPINTAR serta beberapa kakitangan SEPINTAR yang bertindak selaku urusetia bengkel. Tiba di BTPNT jam 9 pagi dan taklimat serta bengkel bermula jam 3 petang. Guru-guru berbincang didalam kumpulan masing-masing mengikut bahagian yang telah ditetapkan. Slot pada hari ini berjalan lancar dan setiap bahagian rancak membincangkan aktiviti masing-masing.
Majlis ini telah diadakan bagi menghargai individu-individu yang telah menyumbang dalam pembangunan kokurikulum dan hal ehwal murid. Berlangsung di Dewan Al-Aqsa dan telah dirasmikan oleh En Rozman bin Dato Hj Isli, Pengarah Urusan ISRO Holdings Sdn Bhd. Semoga anugerah-anugerah yang disampaikan dapat menyemarakkan semangat semua.
SBPI Rawang telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah Karnival Sains Daerah Gombak. Antara acara yang dipertandingkan adalah Solar Cooking, Water Rocket, Solar Car dan sebagainya. Seterusnya SBPI Rawang akan menjadi Tuan Rumah Karnival peringkat negeri Selangor yang akan berlangsung pada 8-9 November 2010.
SEPINTAR pada pagi ini menerima kunjungan dari pelajar-pelajar Sains Agama SBPI Jempol yang ingin melihat sendiri P&P di SEPINTAR. Mereka turut menyertai kelas pelajar-pelajar SEPINTAR yang sedang berlangsung. Terima kasih di atas kunjungan, semoga hubungan yang baik berkekalan.
Pada pagi ini telah diadakan majlis pelancaran Kempen Kitar Semula peringkat sekolah. Kempen ini turut disokong oleh Koperasi SEPINTAR yang menawarkan skim khas kepada pelajar-pelajar bagi memastikan kempen ini berjaya. Diharapkan dengan kempen seumpama ini, warga SEPINTAR akan mempunyai kesedaran yang lebih ke arah menyayangi alam sekitar.
Bermula 29 hingga 31 Oktober 2010, pelajar tingkatan 3 dan 4 telah mingikuti Kursus Imam dan Bilal di SEPINTAR. Fasilitator yang telah dijemput untuk mengendalikan adalah dari Darul Quran. Majlis penutup telah di sempurnakan oleh Ustaz Kamilen bin Marzoki, Penolong Kanan SEPINTAR.
Koperasi SEPINTAR telah mengadakan Mesyuarat Agung di Dewan Al-Aqsa dihadiri oleh semua pemegang syer koperasi. Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua SEPINTAR telah memberi ucapan dan menyampaikan hadiah. Pemilihan AJK baru serta pengumuman bonus dan honorarium telah diadakan pada mesyuarat ini.
SEPINTAR telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah mesyuarat yang berlangsung sepanjang hari. Cik Zakiah, Pegawai BPSBPSK telah mempengerusikan majlis.